Friday, October 31, 2008

Batu JJ

Ini adalah batu JJ yang dibuat mengunakan teknologi moden.

Thursday, October 30, 2008

Batu Dlm Kaabah


Batu ini dihadiahkan oleh seoarang kawan dan dikatanya datang dari dalam Kaabah. Warna akan berubah kepada urat-urat putih semakin lama kita memakainnya.

Batu Nilam Malaysia


Batu Nilam ini diperolehi dari seorang ahli kajibumi di Malaysia dan dicanai menjadi batu permata. keistimewaan ialah tahap kekerasannya pada skala 9/10 dan batunya yang mempunyai 3 warna dan mengambar 'sesuatu'.

Besi Kuning


Ini merupakan cincin dan batu permatanya ialah merupakan Besi Kuning yang dihadiahkan oleh seorang kawan.
Nilai besi kuning ini adalah RMxxxx.

Buah Suluh Bertam


Ini merupakan buah suluh bertam, di mana kayu suluh bertam dipercayai mempunyai 'bisa' apabila digunakan sebagai alat untuk mempertahankan diri..

Teras Gamunggal


Ini merupakan 2 jenis gamunggal. Yang berwarna merah hati adalah teras gamunggal bukit dan berwarna kekuningan adalah teras gamunggal kampung.

Monday, October 27, 2008

Batu Chyprus


Batu Chyprus adalah merupakan kayu cyhprus yang dipercayai digunakan oleh Nabi Nuh AS bagi membuat bahtera baginda.
Kayu ini telah menjadi batu dan amat cantik dijadikan batu permata. Ini merupakan koleksi peribadi.

Batu Cempaka


Batu Cempaka asli ini mempunyai warna kekuningan muda dan jika dipakai ianya akan semakin kuning dan nilai akan semakin tinggi. Dalam pasaran memang banyak terdapat batu cempaka buatan mengunakan teknologi.

Kemuning Hitam


Teras Kayu Kemuning Hitam dijumpai di dalam hutan di daerah Gua Musang Kelantan dan mempunyai keunikan bentuk dan selain dari segi perubatan.

Raja Kayu


Raja Kayu sesuai digunakan untuk mengurut badan terutamanya urutan refleksologi.